Islam menganjurkan umatnya supaya melakukan kebaikan dan kebajikan secara berterusan, walaupun sedikit. Bersempena dengan bulan Syawal yang mulia, marilah kita melaksanakan ‘Puasa SYAWAL 6 HARI’ iaitu puasa sunat enam hari pada bulan Syawal.
Ibadah puasa adalah suatu amalan mulia yang besar keutamaannya dan amat digalakkan oleh Islam. Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, Allah سبحانه وتعالى berfirman (dalam hadis Qudsi):
كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلا الصِّيَامَ؛ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ. رواه مسلم.
“Setiap amal
manusia adalah untuk dirinya kecuali puasa, ia adalah untuk-Ku dan Daku
memberi ganjaran dengan (amalan puasa itu).”
Ganjaran Pahala Setahun
.
Orang yang berpuasa Ramadhan diikuti dengan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal maka pahalanya sama dengan berpuasa setahun.
Abu Ayyub Al-Ansari radhiallahu ‘anhu berkata, Rasulullah ﷺ bersabda:
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ. رواه مسلم.
“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal, maka ia bagaikan puasa sepanjang masa (tahun)”
“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal, maka ia bagaikan puasa sepanjang masa (tahun)”
(Riwayat Muslim, hadis no: 1164).
.
Di dalam hadis ini Nabi Muhammad ﷺ menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan
akan diberi ganjaran pahala seolah-olah berpuasa selama setahun. Hal
ini disebabkan puasa sunat satu hari, pahalanya bersamaan dengan sepuluh
hari. Manakala puasa Ramadhan pahalanya bersamaan dengan sepuluh bulan,
maka enam hari puasa sunat bersamaan dengan dua bulan, kemudian
dicampurkan dengan sepuluh bulan jumlahnya menjadi setahun.
Para ulama’ menghuraikan rahsia di
sebalik ganjaran tersebut dengan menyatakan bahawa setiap amalan
kebaikan manusia akan diberi ganjaran sebanyak 10 kali ganda. Puasa 30
hari di bulan Ramadhan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa 6
hari di bulan Syawal pula diganjari dengan 60 hari. Jika dikira
jumlahnya ialah 360 hari, ia hampir menyamai jumlah hari di dalam
setahun sebanyak 360 hari. Sesungguhnya Allah سبحانه وتعالى Maha
Berkuasa untuk memberikan ganjaran sebanyak mana yang dikehendaki-Nya.
.
.
Bagaimana Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal?
.
Seseorang yang hendak berpuasa sunat di
bulan Syawal adalah lebih afdhal berturutan seperti puasa bulan Ramadhan
tetapi dibolehkan berpuasa secara berselang hari selama dalam tempoh
bulan Syawal itu.
Puasa sunat enam Syawal
paling awal dimulakan pada 2 Syawal. Ini kerana tarikh 1 Syawal adalah
hari Aidil Fitri dan kita dilarang dari berpuasa pada hari tersebut. Abu
Hurairah radhiallahu ‘anhu berkata:
أَنَّ رَسُولَ اللهِ نَهَى عَنْ صِيَامِ يَوْمَيْنِ: يَوْمِ الأَضْحَى، وَيَوْمِ الْفِطْرِ . رواه مسلم.
“Rasulullah ﷺ melarang puasa pada hari (Aidil) Fitri dan (Aidil) Adha.”
“Rasulullah ﷺ melarang puasa pada hari (Aidil) Fitri dan (Aidil) Adha.”
(Sahih Al-Bukhari no: 1991).
.
Syarat-syarat dan segala adab bagi puasa sunat enam Syawal adalah sama seperti puasa wajib pada bulan Ramadhan.
Cara Melaksanakan Puasa Enam
Adalah menjadi amalan sunat mengerjakan puasa 6 hari dalam bulan Syawal.
Ia boleh dilakukan mulai 2 Syawal hingga 7 Syawal secara berterusan,
berselang-seli atau pada mana-mana 6 hari dalam bulan tersebut. Sebagai
contoh, mari kita lihat pada kalendar di atas (Ogos-September 2013).
.
1. Paling afdal ialah puasa enam hari berturut-turut mulai 2 Syawal (Hari Raya Aidil Fitri kedua) hingga 7 Syawal.
Berdasarkan kalendar di atas, jika Hari Raya Aidil Fitri jatuh pada 8. Ogos, maka bolehlah berpuasa enam mulai 9 Ogos sehingga 14 Ogos (7 Syawal).
2. Berpuasa secara berselang-seli, iaitu
puasa sama ada selang sehari, selang dua atau tiga hari sekali,
sebanyak enam hari dalam bulan Syawal, mengikut kemampuan masing-masing.
Jika antum berpuasa secara berselang hari:
a) Selang Sehari ~ Sekiranya puasa enam dimulakan pada hari Isnin, ianya akan berakhir pada hari Khamis minggu berikutnya. Contohnya pada kotak hijau di atas, jika antum berpuasa mulai 12 dan ianya akan berakhir pada 22 Ogos.
b) Selang Dua hari ~ Seperti pada petak kuning,
sekiranya mula berpuasa pada hari Isnin 12 Ogos, selang dua hari
berikutnya adalah pada 15, 18, 21, 24 dan berakhir pada 27 Ogos.
c) Selang Tiga hari ~ Contohnya jika mulai berpuasa pada 9 Ogos, selang tiga hari berikutnya adalah pada 13, 17, 21, 25 dan akan berakhir pada 29 Ogos.
3. Berpuasa sebanyak enam hari pada awal, tengah dan akhir bulan Syawal. Sebagai contoh di petak biru, berpuasa sehari pada 2 Syawal (9 Ogos), diikuti tengahnya pada ‘Hari Putih’ iaitu 13,14 dan 15 Syawal (20, 21, 22 Ogos).dan berakhir pada 29 dan 30 Syawal (5 dan 6 September).
4. Puasa sunat Syawal juga boleh
dilakukan sebanyak 6 hari pada mana-mana tarikh di sepanjang bulan
Syawal. Pilihlah 6 hari bermula dari 2 Syawal sehingga 30 Syawal (petak tarikh berwarna kuning).
.
.
Puasa secara berturut-turut atau secara terputus?
.
Pandangan di kalangan para ulama’ yang lebih disepakati adalah ia boleh dilakukan secara terputus (tidak berturut-turut) asalkan jumlah enam hari
dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal. Ini kerana apabila
Rasulullah ﷺ menganjurkan puasa sunat enam hari ini, Baginda ﷺ hanya
menyebut bulan Syawal secara umum, tanpa memberi ketentuan hari-harinya.
Maka puasa enam tersebut boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam
bulan Syawal, asalkan bukan pada 1 Syawal dan bukan selepas berakhir
bulan Syawal.
Namun begitu adalah lebih afdhal disegerakan pelaksanaan puasa enam Syawal berdasarkan firman Allah سبحانه وتعالى:
وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ . آل عمران: 133
“Dan
bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk
mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) Syurga
yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang
yang bertaqwa.”
(Surah Al-Imran: Ayat 133)
.
Sebagaimana yang sedia maklum, semua
amalan sunat adalah sebagai penampung dan penambah kepada mana-mana
kekurangan dalam amalan fardhu. Seharusnyalah kita mengambil peluang ini
untuk berpuasa enam hari
di bulan Syawal. Selain mendapat pahala puasa setahun, kita juga dapat
memperbaiki segala kekurangan dalam ibadat puasa di sepanjang Ramadhan.
.
والله أعلم بالصوابWallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
sumber ; https://shafiqolbu.wordpress.com/2013/08/17/cara-puasa-sunat-enam-hari-di-bulan-syawal/

0 komentar:
Posting Komentar